Program Pengenalan NADI dan Advokasi Bersama Pelajar Giatmara Putrajaya
20 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai 2024 (Jumaat) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Putrajaya yang terdiri daripada NADI Presint 9 Fasa 3, NADI Presint 9 Fasa 10, NADI Presint 16 dan NADI Presint 18 telah mengadakan Program Pengenalan NADI dan Advokasi kepada pelajar baru Giat Mara Putrajaya bagi sesi 2/2024.
Melalui program ini, peserta didedahkan kepada fungsi, peranan NADI dan perkhidmatan yang disediakan kepada komuniti dan usahawan serta penerangan mengenai modul pembelajaran yang akan diikuti oleh para pelajar dalam tempoh 5 bulan bermula Julai sehingga November 2024 yang disampaikan oleh Puan Roziana, Penolong Pengurus NADI Presint 9 Fasa 10. Antara modul yang akan dipelajari oleh mereka iaitu Shopee Shop, Fotografi Produk, Videografi, Tik Tok Shop, WhatApps Business dan Canva .
Seterusnya, Puan Sarah Pengurus NADI Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan tayangan video Klik Dengan Bijak dan Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak bertajuk “Oversharing” dan Kuiz Kahoot bertajuk “Pengurusan Risiko Dalam Talian” untuk menguji kefahaman pelajar mengenai topik tersebut. Pelajar juga diingatkan agar menjaga adab semasa melayari media sosial agar kes buli siber dapat dibanteras.
Puan Sarah juga telah menyampaikan taklimat mengenai menyemak kesahihan berita dan memperkenalkan website Sebenarnya.my. Kemudian diteruskan dengan taklimat Check Your Label dan pemeriksaan logo certification MCMC di setiap peranti pelajar Giatmara Putrajaya bagi memastikan peranti setiap pelajar adalah selamat untuk digunakan. Selain itu, pelajar juga diberikan motivasi untuk memulakan perniagaan oleh Pengurus NADi Presint 18 iaitu Puan Haryati dan Penolong Pengurus NADi Presint 9 Fasa 3, Cik Amierah.
Program berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari diakhiri dengan acara penyampaian hadiah bagi aktiviti kuiz Kahoot serta penyampaian cenderamata daripada guru pengiring Giatmara Putrajaya kepada petugas NADI Putrajaya. Akhir sekali, diadakan sesi bergambar bersama pelajar dan guru Giatmara Putrajaya serta 5 orang petugas NADI Putrajaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: